Friday 15 July 2011

Mai intai aktiviti-aktiviti cikgu tie ( jan-jun 2011)

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Jaring Peringkat PKG Simpang Empat. Cikgu Tie jadi coach. Budak-budak Sek Kebun Pinang ni jadi Naib Johan je !
 Team Bola Jaring SKKP bergambar dengan Sijil Kemenangan serta baju T bola Jaring edisi khas 2011. ( Terima kasih kepada encik X yang sponser t shirt tu ! tahun depan sponser lagi tau.. hehe)

Rutin Hari Guru setiap tahun.... senyummm 1 2 3 klikk !

Lepas bergambar.. bergasak dengan ibubapa pula kt padang... coach bola jaring kena paksa main untuk wakil pasukan guru ! Menang 8-3 ( Jangan ingat cikgu-cikgu tak terer tau ! )

Penat berbola jaring.. tunjuk sill nk lawan Tiger Wood pulak! Kayu Golf tak ada..kayu hoki pun jadi la!
Ni pulak acara masukkan bola ragbi dalam jaring! Yang dok terconggok kat depan tiang tu semuanya peminat cikgu Tie


  Ni pulak budak-budak yang cikgu Tie dera masa cikgu jadi penceramah untuk Kursus Kepimpinan dan Jati Diri di Kem Kampung Acheh Yan, bulan Jun lepas. 

 Lepas beletiaq kt budak-budak ni.. bagi peluang depa bermain-main sat ! masing-masing teruja dengan permainan kapal karam ni.
Aktiviti kumpul maklumat tanpa suara.. depa bunyi jugak walaupun habaq kata tak boleh cakap !

Setakat ni saja..
lain kali post lagi !
kalu suka komen..
tak suka pun komen jugak !

6 comments:

  1. Aktif juga Cikgu Tie nie maklum la sport teacher and motivator

    ReplyDelete
  2. Terpaksa aktif untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya ! Insyaallah !

    ReplyDelete
  3. seronok sungguh murid-murid dan guru menjalani aktiviti di sekolah . tahniah

    ReplyDelete
  4. Murid-murid memang suka kalau buat aktiviti luar bilik darjah cikgu Norliza

    ReplyDelete
  5. pembelajaran diluar kelas memberi impak yang besar kepada tahap pemikiran kanak-kanak

    ReplyDelete
  6. Jaga elok-elok kayu hoki tu,nanti kena idung,x leh la nak exam.

    ReplyDelete