(Gambar Hiasan)
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan... itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Moral : Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.Semoga menjadi renungan bersama.
Kisah ini cikgu Tie copy dari BloG Teh Secawan !Terharu sangat bila baca ! agaknya adakah di kalangan anak-anak didik kita yang mempunyai pekerti sebegini?
Cikgu Tie suka sangat kisah ni..
Anda suka jugak? kalu suka sila komen !
Kisah ni betul2 menyentuh hati...anak siapakah dia semoga Allah memeliharanya.Amin.
ReplyDeleteBetul tu cikgu Kamariah !Ibu anak ini memang wanita yang hebat kerana dapat membentuk akhlak anaknya sehingga menjadi sebegitu rupa !
ReplyDeleteJati diri yang tinggi...
ReplyDeletedah baca pg td dan dah pun tempek kat sana...
ReplyDeletemulia sungguh budak tu....masih ada lagi manusia macam tu didunia nie.... mesti mak dia bangga sangat ada anak macam tu
ReplyDeleteKisah ini menyatakan tentang peri pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan jati diri anak...... Setiap anak yang lahir bersifat fitrah, justeru ibu bapa memegang amanah membentuk dan mendidik anak tersebut menjadi insan yang mulia berlandaskan Al-Quran dan Hadith....
ReplyDeletekita patut tanam sikap hidup berdikari kepada anak-anak dan murid-murid kita agar mereka dapat menghargai kehidupan ini ...
ReplyDeleteKita yang terlalu mampu x sedar ada orang yang x mampu pun mencari sesuap nasi.Jangan tengok kat atas je,pandang gak kat bawah.Nanti jatuh tersepak batu.terus jatuh tersembam.
ReplyDeleteTingginya pekerti budak itu... diharapkan anak-anak dan anak-anak didik kita juga mempunyai nilai yang sebegitu.. amin.
ReplyDeleteAminnn.... Itulah harapan semua ibubapa dan guru cikgu Azura !
ReplyDeletemulianya pekerti budak ini membuatkan saya teringin untuk mengetahui siapakah ibunya ....mudah-mudahan kita juga dpt mendidik akhlak yg mulia kepada anak2 kita. http://adzlinadnan.blogspot.com
ReplyDeleteAmboi Tie sebak baca. Apa pun boleh tulis dalam buku nilam tentang nilai-nilai murni
ReplyDeletecerita yang amat menyentuh hati, seornag budak yang patuh akan nasihat dan pesanan moga masa depannya cerah berkat kesabaran dan pekertinya yang mulia, amin...
ReplyDeleteSifat mulia yang sebegini harus ditanam dari kecil.kini satu dalam seratuspun payah nak berjumpa anak yang sebegini..anak2 kini makin hanyut dalam arus kemodenan..ayuh ibu bapa..contohilah si ibu dan anak ini.
ReplyDeleteTentu anak kecil ini segigih dan setabah ibunya.Satu iktibar buat kita semua.
ReplyDeleteramai org2 susah boleh berjaya menjadi orang besar2..kuncinya jangan berputus asa dan berusaha ke arah itu..
ReplyDeletebudak yang hanya berusia 12 tahun tahu akan tnggungjawabnya terhadap keluarga dan diri sendiri , apatah lagi kita yg dah dewasa. namun, adakah kita yang dewasa ini sekental dan setabah budak yang berusia 12 tahun ini ???
ReplyDeletesedih jugak baca cerita nie.
ReplyDeletemengalir air mata baca cerita ni.saya juga pernah melihat seorang budak lelaki menjual kuih di taman tema golf jitra.rasa terharu sangat sebab mempunyai kekuatan dan sikap sabar yang tinggi.adakah anak-anak kita mampu mempunyai semangat sebegitu?insyaallah sama-samalah kita berdoa.amin.
ReplyDelete